Kelas E-Learning Matematik
24 Jun 2024 | Aktiviti TerkiniPada 23 Jun 2024, Ahad, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas E-Learning Matematik yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang. Kelas tersebut dijalankan di NADI Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh dua orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.
Antara pengisian kelas tersebut adalah pengenalan kepada Operasi Tambah. Peserta telah diberikan satu kuiz Matematik menyelesaikan operasi tambah menggunakan Kahoot.com. Selesai latihan tersebut, para peserta telah diberikan kupon bermain PC 30 minit secara percuma bagi memupuk semangat peserta dalam pelajaran digital.
Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini akan memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: